Tuesday, September 30, 2014

pudar


tadi aku bagi hint-hint ja
cite pasal masa hadapan
saja konon nk tengok reaksi dia
tapi hmmm
dia wat tatau jaaa

kan da habaq da
jgn nk perasan cepat sangat

padan muka kau senah!

Monday, September 29, 2014

wanita


sedikit bosan lately
kurang mempunyai kerja
tatau la nk suka ke sedih 
hmmm

Lps tue jmpa neh. 

Antara wanita-wanita yang akan memimpin wanita lain masuk syurga.

1) Maryam Binti Imran (Ibunda Nabi Isa As)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana rajin beribadah dan memelihara kesucian diri.

2) Asiyah Binti Muza (Isteri Firaun)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana tetap dengan agama walaupun diseksa oleh semua sendri.

3) Khadijah Binti Khuwailid (Isteri Nabi Muhammad SAW)
Ketua bagi wanita masuk syurga kerana taat kepada suami serta ikhlas menggunakan harta benda ke jalan agama.

4) Fatimah Binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana taat pada ibu bapanya.

lalu aku terdiam dan termenung
dan terus berdoa

Ya Allah, 
semoga aku menjadi seperti wanita-wanita diatas 
dan juga mampu menjadi pengikut mereka di akhirat kelak
ameen

Thursday, September 18, 2014

harapan


semalam kau berjaya menggembirakan hati aku lagi
rasa macam tak percaya
kau buat pengakuan itu

tapi kadang syaitan dtg menghasut
kenapa baru sekarang dia cari kau?
kau pasti?

aku tau kau masih lagi tidak boleh melupakan kekasih yang lama
aku tau dan aku yakin kau masih sayangkan dia

hmmm
aku doa dan serahan pada takdir

tapi
aku harap kau ketinggian kau melebihi aku
hikhik

Friday, September 12, 2014

rama-rama


Ya Allah
cepat betul cair dengan kata-kata beliau
tatau la
mungkin lama sangat kot kenal dah

tapi
kalau beliau saja mahu menguji aku seperti dulu
hmmmm
tika itu mungkin aku pasrah

apa-apa pun
aku harap jika ini yang terbaik
moga Allah beri aku petunjuk
dan juga permudahkan segala urusan

dan jika ini bukan yang terbaik
hmmmm
moga dihalang hati ini
daripada terus mengharap

ameen

Tuesday, September 9, 2014

ibu


ok, aku tak kawen lagi
tapi aku suka dengan budak-budak
natural feeling kot

tapi kekadang tue tatau la balas apa kalau orang cakap
.....best tau jadi ibu neh
.....best kan jadi ibu
.....rugi jadi ibu lambat

ye, semua neh berkait rapat dengan pernikahan
tak nikah, tak de zuriat
tak kawen, tak de anak

semua tu aturan Allah
semua tu Allah dah tetapkan

cepat atau lambat tu
hmmmmmm
sape la kita nak persoal kan

jadi
doa la banyak-banyak 
agar Allah tetapkan hati kita 
supaya tidak banyak mempersoalkan ketentuan Allah

aku pasti kehidupan kita akan lebih tenang dan diberkati 
InsyaAllah 


Sunday, September 7, 2014

hard


im too complicated
im too annoooooying
im too ntah-apa-apa

bila agaknya nk jumpa org yang bole layan time jiwa kaco dan juga time all of the above?

pray hard!

usaha


aku tatau kalau aku sorang yang gedik mengada
tapi aku rasa usaha aka effort itu seksi
macam bersungguh-sungguh utk buat sesuatu

bkn apa
baru la aku tau dia tue bersungguh atau tidak

kalau cakap ja
semua orang pun boleh cakap

tapi kalo dia tunjukkan kesungguhan itu melalui perbuatan
Ya Allah tatau la aku nk cakap macam mana
mesti hilang kata-kata aka speechless kot

macam-macam mana pun aku percaya
kesungguhan itu lahir dan datang dari hati yang ikhlas

kalau dia mahu
pasti dia akan bersungguh

kalau dipaksa
pasti tidak ikhlas

dan jika dia tidak mahu
hmmmm

bertahanlah wahai hati!

Thursday, September 4, 2014

rapuh


jangan layan aku baek sangat
sebab nanti aku rasa kau sentiasa ada untuk aku
macam stick like a glue

aku kalau kau layan aku baek sangat
nanti aku salah paham
aku rasa attach dgn kau

hati aku neh rapuh
mudah sangat percaya dengan orang

atau mungkin aku terlalu lemah?
atau terlalu baek?
atau syok sendiri?

aku letih sebenarnyaaaaa