Wednesday, October 29, 2014

gagal


kau masih lagi bermimpikan dia
walaupun aku ada di depan kau

daamn
rasa loser
rasa lost
rasa broken

susah jugak kau nak buka hati kau
susah jugak kau nak terima aku

aku sangka kau betul-betul sudah melupakan dia
tapi tidak
rasanya sampai bila-bila dia tetap ada di hati kau

aku?
masih jauh dan samar-samar
atau mungkin tidak mampu untuk menandingi dia

its ok time heal insyaAllah
ameen

Tuesday, October 28, 2014

jauh


aku dapat rasakan
yang kau slowly distance diri kau dari aku
dan aku tidak lagi menjadi perkara yang penting dalam hidup kau
aaaah perasan sungguh hati ini

ada kalanya aku mengharapkan perhatian kau
tapi jelas kau belum lagi memahamiku
atau mungkin kau tidak mahu aku mengharap
dan terus mengharap yang kau sentiasa ada untuk aku

ada kalanya kau pula mengharapkan perhatian aku
tapi aku gagal untuk menggembirakan kau
dan aku gagal untuk membahagiakan kau

mungkin Tuhan sedang tunjukkan pada aku
yang aku bukanlah yang terbaik untuk kau

ya Allah
tabahkan hati ini
kuatkan hati ini
daripada terus dibuai perasan
dan mengharap sesuatu yang tidak pasti
ameen

Sunday, October 19, 2014

aku sahaja


one way traffic i guess

shud i speed forward or slow down?

hmmmm

mungkin patut u-turn?

Tuesday, October 14, 2014

i got you!


comel instead of chantek?

okay!
tau da tahap mana aku di hati kau
mungkin sbb itu kau masih lagi ragu-ragu
mungkin kau rasa aku tidak setanding kau?

its ok.
im gooooood

Monday, October 13, 2014

serba boleh

Allah sungguh kau sangat baik
mengambil berat perihal adik-beradik kau
hatta makcik dan pakcik kau

sedangkan aku?
hanya mementingkan diri sendiri
jual ikan

macam-macam yang kau lakukan
semuanya untuk membahagiakan keluarga kau

aku?
jauh sekali berperangai seperti kau

adakala aku rasakan
mungkin Tuhan sedang tunjukkan pada aku
yang kau terlalu baik
dan tidak mungkin untuk aku

Kadang-kala aku berdoa
Ya Allah bahagiakan kau
hilangkan lah derita kau
moga kau ditemukan dengan seorang
yang mampu membuka hati kau tanpa ragu
yang mampu membuat kau bahagia dan gembira

Aku yakin segala budi baik kau akan Tuhan balas
insyaAllah

Sunday, October 5, 2014

bertepuk sebelah tangan


aku tahu aku bukan yang terbaek untuk kau
aku tahu kau masih belum boleh terima aku seadanya
aku tahu kau tidak akan menyerahkan hati kau pada aku

tapi kenapa kau buat aku jatuh setiap hari
dan dengan rela aku menunggu kau setiap hari
aku lemah

aku tahu aku saja yang bermain dgn perasaan
sedangkan kau
pasti tergelak mentertawakan aku
begitu mudah aku serahkan hati ini pada kau

aku berdoa dan berharap
agar Tuhan bantu aku
agar aku lebih kuat melawan perasaan ini

sedarkan aku Tuhan
sedarkan aku Tuhan
sedarkan aku Tuhan

bahawa dia bukanlah tercipta untuk aku