Monday, July 14, 2014

pelik

mengapa kau berdiam diri sahaja?
bukankah kau sudah dapat apa yang kau mahukan dahulu?
mengapa kau gagal untuk penuhi janji-janji kau?
bukankah kau tahu tindakan kau itu salah?

tahukah kau,
angkuh, ego dan pentingkan diri sendiri adalah sifat syaitan dan iblis,
mengapa perlu kau bersifat sedemikian?

aku harap kau sedar,
mungkin kau selamat sekarang.

tapi,
kau lupa Tuhan itu Maha Adil?

aku berdoa, berdoa dan terus berdoa
agar kau diberi petunjuk untuk berubah kearah yang lebih baik

ingatlah,
jika kita memberi kesenangan kepada insan lain,
nescaya Tuhan membalas dengan memberi kita kesenangan yang berlimpah-ruah,
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment