aku cuba untuk menjauhi,
tapi aku gagal
kau cakap la apapun,
tapi itu semua ibarat angin lalu,
tidak melekat di mindaku
aku cuba untuk tidak menghubungi kau,
tapi nnti aku juga digelar sombong,
bila ada mahu bertanya baru mencari kau
hakikatnya kau hadir ketika diriku memerlukan bantuan,
dan kau selalu membantuku,
aku harap kau ikhlas
ada masa aku cuba untuk memulakan bicara,
tapi sering kali masanya tidak sesuai,
dan tika itu salah faham sering terjadi
ketahuilah sesungguhnya aku tidak mahu mengganggumu,
tika kau bekerja, bersama keluarga ataupun rakan-rakan,
aku tahu masa kau sungguh berharga
tapi aku pelik, bingung dan tertanya-tanya,
kenapa semakin aku cuba untuk menjauhi,
semakin kau datang kau mendekati
aku bersyukur mempunyai kawan semulia kau,
kau utamakan dan bahagiakn keluarga kau
aku pasti ada ganjaran terbaik untuk kau oleh-Nya
ketahuilah aku tidak berharap untuk bersemuka dengan kau,
kerna aku percaya jika kau boleh menerimaku dahulu,
sudah lama kita ketemu
aku hmmmmm,
aku doakan yang terbaik untuk kau,
moga kau diberkati dan dilindungi oleh-Nya sentiasa,
amin